tidak mampu bangun
merobek diri sendiri
melukai parut semalam
sekadar untuk kepastian
bahawa darah itu merah warnanya
bahawa darah tetap berhenti mengalir
dan menutup liang-liang luka
demi menjaga keharmonian
supaya hidup ini lebih terjaga, tidak sering terluka