Tuesday, January 29, 2013

Tanggungjawab

Aku tumpah gembira
Dengan semangat tanggungjawab
Aku tumpah gusar
Dengan beban yang besar

Mungkin itu ujian untuk kita
Waktu mahu berpijak dibumi nyata
Yang dihajati, yang dimiliki.
Keduanya ada beza.

Friday, January 25, 2013

Wanting you

Anja
tidak ada satu pun rahsia.
antara kita berdua


tidak ada yang tersekat
untuk dua hati bertaut kembali


kekasih kekal abadi




Thursday, January 24, 2013

Sujud

sujud
tafakur
berdoa
untuk segar besarnya
untuk subur hidupnya
dalam perit menanggung
kerana mu, anak...
aku namakan awal namamu Muhammad

Wednesday, January 23, 2013

Genting Highland

Aku masih ingat pada janji
bahawa disitu akan bersemadi
untuk kita bermain buai dan api
dalam sejuk malam dan pagi

Masih kau ingat?

Tuesday, January 22, 2013

Suaramu

kedengaran lagi
disebalik sketsa minda
celah duka dan derita
tika aku ingin memelukmu
untuk bertaut jadi satu
waktu aku rindu
disebalik diri dan kalbu

Suaramu
Dalam ghairah kau merintih.

Monday, January 21, 2013

Sayang, cinta abang.

Oh sayang
Abang ingin menagih cinta
yang jernih dan suci
terjalin dulu
belum terputus
walau cinta dilelong
dalam rumah anak malang.

Kerna janji pernah termetri
abang tetap turun dan datang
dalam apa jua situasi

Itu hanya terjadi
sekali
hanya sekali

Kalau itu perlu terjadi
ia datang dengan tanda-tanda yang pasti
walau dicurah api dibakar ngeri
walau hilang jasad tanpa isi
walau tinggal roh yang abadi


waktu itu
hanya ada abang dan sayang.
dan ia akan datang.
mungkin sekali mungkin berulang.

Friday, January 18, 2013

the rhythm.

it was too late
to realise that 255
has more meaning
than just pure numbers.

Thursday, January 17, 2013

kasih tak bertepi

bagai laut
dengan ombak kecil dan panjang
menghulur rasa riang hingga ke hujung
mengheret alun lunak ke dasar
bagai cinta
sayang tanpa nokhtah
bagai kasih
melaut tak bertepi.

sayang
itu bicara aku tanpamu
kini

sedangkan
itu lain yang berdetik
waktu kita merangkak
dalam sekam
dalam kelam
dalam cinta siang dan malam.

Wednesday, January 16, 2013

Putrajaya

Sayang
Aku ingin menemanimu
berjalan dalam taman
berpegangan tangan.

Sayang
aku ingin mengusikmu
untuk mendengar tawamu
dalam pelukan

disitu kita beriringan
berdua-duan
sehari semalam

Tuesday, January 15, 2013

gadis seksi

itulah  
ungkapan untuk sigadis
yang seksi
yang kekal dalam memori

Monday, January 14, 2013

Foto Anja

anja2


was that your photo Anja,
smiling as sweet as i know you
with your naughty eyes looking at me
hinting as much as you can
what's in your heart and dream

when was that photo Anja
Do you remember Anja
of events and circumstances

It's best to hide
from all eventuality
of secrets we both hold.

Friday, January 11, 2013

malam pertama

malam pertama2
sayang
manisnya wajahmu
waktu menarik nafas panjang
dalam seribu kepuasan

dan kau bisik
dalam kegelapan malam
dalam pelukan cinta abadi
bahawa kau mahu lagi.

oh sayang...
aku hanya mampu jawab, nanti.
lalu aku memelukmu
mengiringi mu
merenangi laut tak bertepi.

Thursday, January 10, 2013

Anja yang manja

Manja
Sayang
jangan lupa basuh kaki
untuk tidur malam
nanti bukan semut saja yang datang
lipas pun akan datang merayap.

Wednesday, January 09, 2013

kepuasan

puas
aku puas
melihat kau terlelap
dalam kepuasan
dengan senyuman
lepas ghairah semalam.

Dadamu

dadamu berombak
Sayang
dadamu berombak
dalam senyum tawa

Apakah
kau juga rasainya
degupan cinta membara

aku rasai degupan cintamu
waktu memelukmu semalam
waktu kau berkata aku cinta padamu
waktu aku mengia aku jua cinta padamu

Tuesday, January 08, 2013

Bibirmu seksi

bibirmu seksi
bibirmu
ingin kukucup lagi
membelah keduanya
dengan sentuhan cinta
membara
dalam api cinta.

Monday, January 07, 2013

Hatimu

Ingatkah kau sayang
waktu kau merelakan
hatimu diusik
dan 
waktu hati kita bertaut
dalam arus cinta yang lama
dan
waktu itu kita asyik
menerima dan memberi

aku berikan kau harapan
kau berikan aku harapan
hingga kita saling berdakap
bermalam-malam.

Dimanakah hatimu kini sayang.

Sunday, January 06, 2013

puisi buat kekasih

sayang
aku ingin mendengar suara mu lagi
seperti lunaknya semalam
waktu kita buka ruang bercerita
kisah semalam, tadi dan dulu

sayang
aku ingin mendengar ketawa mu lagi
seperti riangnya semalam
waktu aku mengusikmu,
cantikmu, pandaimu seperti selalu.

sayang
aku ingin lihat matamu lagi
bibirmu, keningmu, kakimu, pipimu.
dalam dakapan malam.

Tuesday, January 01, 2013

puisi cinta


cinta dulu
mengusik kalbu
suci dalam debu


cinta kini
mengukir lagu dan seni
kekal abadi

sayang
cinta bukan buta
tika bertentang mata, mengukir tinta, menghubung jiwa.
walau bukan sempurna.



____ dienn.