Friday, March 15, 2013

Sulit dan padam

Sayang,
maafkan
kerana waktu menyapa
disalahertikan menyulit situasi

Sayang
oleh demikian
abang sendiri memadam
dari kekal salah faham.

hanya yang sifatnya fizikal
bukan yang emosional


Wednesday, March 13, 2013

malam pertama

sayang,
buat pertama kali
kau relakan segalanya
hingga tiada lagi rahsia
antara kita berdua.

ingat sayang?

Tuesday, March 12, 2013

sayang mengandung

Sayang
kudoakan kau selamat
melalui alam baru
dalam rasa tidak selesa

sayang
yang kau kandung
memang tanda cinta
yang terbina lama.

sayang
yang disebut cinta
sebenarnya tiada titik henti
yang pasti tentang cinta
selamanya kekal abadi.

Aku berikan hadiah
denyutan nadi cinta
dalam alam lain, alam singgahsana
yang hanya kau sorang tahu
erti dan makna.

Monday, March 11, 2013

mengucup bibirmu

aku ingin
mengucup bibirmu
sambil menahan nafsu
dan api cinta

untuk malam
yang ditempah lama
menunggu bulan tiba
menjeling manja
memaut pinggang rampingu
mendakap kedadaku
merasaimu dalam hangat cinta
memberi makna untuk kita
kita sudah bersatu

Anja
bibirmu.

Friday, March 08, 2013

Hari perkahwinan

bukan yang itu aku maksudkan
september yang tinggal sebulan kosong

aku maksudkan yang lampau
waktu kau bersantai lepas penat
aku mengusik untuk lena bersama
sekejap untuk tidak diganggu
hanya kau dan aku
terjurai hujung katil

masakan aku mampu lupa
sedetik hari perkahwinan lampau

Thursday, March 07, 2013

baju pengantin

masakan aku lupa
jernih putih bersih
mengasing semalam dan kini
memilik satu menolak satu
dalam renjatan kelapan
hingga kau wajar lupa
bumi terbelah dua
satu yang lalu, dan satu bersatu.


Wednesday, March 06, 2013

kekasih abadi

terpulang

untuk menitip rasa hati
dalam liang seni
demi sebuah cinta abadi
kekal abadi

terpulang

mengungkap rahsia kelam
memaut dua jiwa meremang
sehari semalam dulu sekarang

terpulang

untuk menyusuri denai cinta
hingga terlupa jalan pulang
bukan waktu itu tiada rahsia
dalam bingkisan cinta pautan derita

terpulang

untuk mengingati sesaat rasa cinta
waktu kita mengira bersama satu hingga lima
waktu kau dan aku sunyi tersua
hingga kita rasa lega terbela

terpulang

untuk mengenangi luahan siang dan malam
untuk sedetik rasa riang bersama
berpeluk dalam api cinta
berdakap dalam ngeri cinta
namun kita tidak terleka
untuk bersua berkucup berpeluk.

Tuesday, March 05, 2013

september i remember

i remember
september
as the month to ponder
no rain no thunder
did i leave you out in the rain to shiver
did i leave you out in the heat to suffer

are you happy dear?


Monday, March 04, 2013

Genting Highlands honeymoon

does it matter
if it's the first one
or anniversary
or the second time
as long as it's love
a never ending love.