Saturday, March 10, 2012

adil

sukar untuk merungkai
erti adil,

sementara hati masih mahu mencari
erti adil dicelah ketidakadilan
adil itu sendiri masih mahu lari

adil yang berlari
adil yang dikejari

adakah adil semalam sama dengan adil hari ini
kenapa adil itu samar, sembunyikan diri
kenapa adil tidak munculkan diri

akhirnya,
kenapa adil harus diadili