Monday, February 04, 2013

Indahnya Malaysia.

Semalam lienn meragam
mungkin dia lemas dengan cuaca panas
mungkin dia rimas dengan perut memulas
tapi perutnya belum pandai degil kerana dia masih kecil

Kami berjalan-jalan
bukan jauh
hanya tepi, depan dan belakang rumah
berjalan kaki ayam dengan lienn.

Ada rumput yang hijau bersiram
Ada pokok yang segar berjaga
Ada buah berjuntai minta dipetik

Lienn tidak mahu masuk
dia mahu main diluar dengan ayah
Diluar tidak ada barang mainan
Diluar hanya ada cuaca dan alam
kurnian tuhan.


1 comment: