Thursday, August 07, 2014

RINDU AWAK 200%

aku suka baca dan tulis,
jarang spesifik, apa saja tercapai
sekali dua aku beli juga
novel, walau jarang, novel cinta.

Zill Faezrul Iqba dan Armel Aisya
dua watak berlainan kutub
bersilih ganti tolak dan tarik
memanjang marah dan geram
bercampur ego dan rendah diri

dalam ombak memecah
rindu dan dendam
marah dan geram

akhirnya 
terbentuk cinta abadi
yang sukar difahami.

Bila novel jadi drama
aku terpanggil untuk turut ikuti
bukan melekat depan tv
setiap isnin hingga khamis jam 7 petang
tapi waktu senang aku, cara online.

Betul kata adik
watak itu sukar dibawa
kerana dia terlibat.




:::::::: dienn:::::::


2 comments:

  1. The novelist is a friend of mine... Senyap membisu menulis rupanya si dia...

    Accidentally watched one of the series in the middle of the night, honestly... Why?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my media brother was involved in the production....

      Delete