Tuesday, September 16, 2014

Ummi ngajar ngaji

Aku sendiri lupa

sejak bila lienn belajar
sebut alif ba ta dan mengeja
tapi hari ini, Lienn dah baca juz pertama.

Ngaji, acara wajib  anak-anak dan ummi 
tiap-tiap lepas maghrib,  hari hari....
sebelum Lienn mula duduk belum berdiri
dan reti sebut dan baca macam anak kecil..

Tapi kini,
Lienn dah lancar,
dia sendiri call opah
bagitau "lienn dah baca Quran.."

rienn pula dah selesa sebut alif ba ta.....
 pelat cara dia, macam eliss juga...

aku jangka lienn akan khatam
dalam tempuh tidak lama, sekejap.
kerana dia bukan baca merangkak
dia baca dengan selesa, kenal huruf , baris dan rangkap.




..............................................dienn

2 comments: